Topologi bintang ialah topologi di mana semua kabel penyambung dari komputer akan masuk ke satu lokasi pusat, di mana semua akan disambungkan ke peranti yang dikenali sebagai hab.
Topologi bintang ini juga boleh dikembangkan untuk membentuk rangkaian yang dikenali sebagai topologi bintang hibrid iaitu sambungan dengan beberapa hab.
KELEBIHAN:
- Mudah untuk diubahsuai dan menambah komputer dalam bintang tanpa mengganggu rangkaian.
- Baik pulih rangkaian mudah dilakukan di pusat bintang.
- Satu komputer rosak tidak semestinya menjejaskan rangkaian.
- Boleh menggunakan beberapa jenis kabel dalam rangkaian yang sama, dengan hab yang boleh menerima jenis-jenis kabel yang berlainan.
KELEMAHAN:
- Rangkaian tidak dapat berfungsi jika hub gagal berfungsi.
- Memerlukan peranti di pusat bintang untuk rebroadcast atau tukarkan(switch) trafik rangkaian .
- Harga lebih tinggi kerana semua kabel perlu ditarik daripada pusat.
RANGKAIAN CINCIN
Topologi cincin adalah satu topologi rangkaian komputer di mana setiap nod disambungkan dengan dua nod yang lain, membentuk satu laluan sejajar tunggal untuk penghantaran isyarat terus ke setiap nod. Data akan melalui dari setiap nod ke setiap nod seterusnya, setiap laluan nod yang dilalui akan menerima setiap paket data.
Oleh kerana topologi cincin menyediakan hanya satu laluan di antara dua nod, topologi ini mungkin akan terganggu jika berlaku kegagalan di antara satu pautan. Satu nod gagal berfungsi atau kerosakan kabel berlaku menyebabkan semua nod akan terasing dari topologi cincin. Rangkaian FDDI dapat mengatasi kelemahan dengan penghantaran data mengikut arah jam dan arah lawan jam membentuk cincin: jika berlaku kegagalan data akan dihantar balik untuk melengkapkan cincin sebelum ia sampai dihujung kabel, ia bertindak menyelenggarakan sepanjang setiap nod seperti "cincin C".
KELEBIHAN:
- Rangkaian ini tidak memerlukan komputer pelayan.
- Rangkaian boleh dibina lebih luas menggunakan gelang token.
- Satu komputer tidak berfungsi menyebabkan masalah dalam rangkaian.
KELEMAHAN :
- Tidak mudah untuk membaik pulih jika berlaku kerosakan.
- Kad rangkaian jenis MAU mahal dari kad rangkaian jenis ethernet.
- Lebih perlahan dari rangkaian ethernet .
RANGKAIAN BAS
Topologi bas, juga dikenali sebagai bas linear, ialah topologi rangkaian komputer yang paling mudah. Ia terdiri dari satu kabel yang dikenali sebagai segmen atau tulang belakang, yang menyambungkan semua komputer dalam rangkaian ke dalam satu barisan.
KELEBIHAN:
- Mudah dilaksanakan.
- Sesuai untuk rangkaian sementara atau rangkaian kecil yang tidak memerlukan kelajuan tinggi(pemasangan segera)
- Kos yang murah.
- Lebih efektif kerana mneggunakan satu kabel.
- Kerosakan mudah dikesan.
KELEMAHAN :
- Jika satu kabel rosak atau terputus, maka keseluruhan rangkaian tidak dapat berfungsi. Ini kerana berlakunya lantunan isyarat di dalam rangkaian.
- Panjang kabel dah bilangan komputer terhad.
- Menjadi perlahan apabila banyak komputer disambungkan.
THANKS FOR READING 


No comments:
Post a Comment